Kempen Taja & Kirim Buku Anak-Anak Asnaf & Miskin Bandar (2024)

KEMPEN TAJA & KIRIM BUKU (EDISI KELANTAN 2024)

KHAS UNTUK ANAK-ANAK ASNAF & MISKIN BANDAR


Tahun ini (2024), kami ada Program Jelajah Sekolah di bumi Kelantan. Insya-Allah, sebanyak 100 buah sekolah daripada Daerah Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh telah disasarkan dan telah mendapat kebenaran daripada KPM, JPN dan PPD Kelantan untuk masuk berprogram secara PERCUMA. Kami bekerjasama bersama Blink Book - tajaan program PERCUMA & sumbangan buku bernilai RM300 untuk perpustakaan sekolah. Kemudian, kami buka pameran dan jualan buku serta sesi Meet & Greet bersama pelajar sekolah tesebut. 


Namun, kami dapat makluman daripada cikgu-cikgu sekolah, ada dalam 30 buah sekolah yang kebanyakan pelajarnya terdiri daripada anak-anak asnaf dan miskin bandar. 


Kami sendiri, belum mampu nak bagi semua pelajar buku PERCUMA. Jadinya, kami buka peluang dan jalankan Kempen Taja & Kirim Buku Khas Untuk Anak-Anak Asnaf & Miskin Bandar ini, kepada Tuan/Puan yang nak berkongsi rezeki dan bantu gembirakan anak-anak pelajar ini. 





LAMPIRAN BERGAMBAR (2024)




Serahan Buku Semasa Majlis Iftar Bersama Anak-Anak Jalanan Chow Kit.



Serahan Buku Bersama Anak-Anak Pelajar Asnaf di SK Kedai Buloh



Serahan Buku Kepada Guru Besar SK Dato' Hashim 2 untuk diserahkan kepada 100 anak-anak pelajar asnaf.



Serahan Buku Tajaan & Kiriman Kepada Guru Besar SK Kubang Kerian 1 untuk diserahkan kepada 100 anak-anak pelajar asnaf.


Serahan Buku Tajaan & Kiriman Buku kepada 100 anak-anak pelajar asnaf di SK Jelawat.


**Ini hanyalah sebahagian sahaja. Gambar-gambar perseorangan pelajar asnaf bersama buku dan video-video berkaitan, kami hanya update di Telegram rasmi kami sahaja. Bagi menjaga privasi mereka dan atas permintaan cikgu-cikgu sekolah juga. Buat mereka yang sertai Kempen Taja & Kirim Buku ini, insya-Allah anda akan dapat link untuk sertai telegram rasmi tersebut. Segala kemaskini berkaitan kempen ini, kami update dan rekod di sana juga. 




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
TAJA & KIRIM BUKU RM50 (1 SET)
TAJA & KIRIM BUKU RM100 (2 SET)
TAJA & KIRIM BUKU RM500 (10 SET)
TAJA & KIRIM BUKU RM1000 (20 SET)
Taja & Kirim Buku RM50 (1 Set Buku Blink + Bookmark)
Tajaan Seikhlas Hati (Kempen Taja & Kirim Buku)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) untuk Kempen Taja & Kirim Buku, dengan niat wakaf, yang dikelola oleh Tim Hamare Group.

BUTIRAN PEMBAYARAN

Perlu Bantuan?